jom join

Sunday, October 24, 2010

CUKUP LA SUDAH!


sudah, mulai saat ini, dilla tak akan menulis blog selama seminggu, seminggu je? sebab final exam 26hb,28hb, dan 30hb so lepas tu ada gap seminggu sebelum paper-paper laen menyusul sempatla nak tulis 2,3 entri.haha

selamat tinggak kawan-kawan, jangan lupakan dilla taw..sedey je ayat.ngehngehngeh..=)


p/s missing to blogwalking =)

Friday, October 22, 2010

LAPTOP PENYEBAB KANSER KULIT

wahai sayang-sayang sekalian gerun la dengan title kat atas tu. sebab apa laptop menjadi penyebab kanser kulit?
selalu dila yang pemalas sakit pinggang nak duduk depan laptop lama-lama akan baring bersama laptop.bukan meniarap, tapi baring ok..laptop kat atas pastu dilla online la..buruk perangai!


rupa-rupanya ada kesan buruk.baru nak sedaq apa la dilla..terok la!.


Bukan apa, ada laporan mengatakan tabiat menggunakan komputer riba atau laptop di atas paha ini boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar – memetik laporan penyelidik dari Switzerland.
apakah sindrom kulit terbakar tu?

  1. Warna kulit tidak sekata
  2. Kulit berbintik-bintik

Semuanya kerana terdedah kepada kepanasan atau bahang panas dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi jika komputer riba bersentuhan secara langsung (tiada kain/lapik) di antara kulit dan komputer korang.


  • Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh mencecah sehingga 52 darjah Celsius.
  • Antara penyumbang salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
  • Secara umumnya tidak berbahaya, bagaimanapun kulit boleh menjadi gelap secara kekal.Kesian paha yang putih melepak tu jadi gelap.
  • Juga boleh menyebabkan kanser kulit pada bahagian yang terdedah.
  • Sindrom pernah berlaku di kalangan pekerja yang berada terlalu dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.



sumber dari ------>kosmo

tips memikat

kali ni nak buat tutorial plak, bukan tutorial nak buat blog,tapi tutorial nak memikat, bukan memikat burung ya, tapi memikat manusia.tak boleh blah kan, memang rasa macam tak boleh blah time nak tulis ni, tapi mungkin tip-tips ini dapat digunakan oleh orang memerlukan, so terimalah dengan hati yang terbuka.

Lelaki mahupun perempuan paling tidak suka dengan Stress or Preasure…maksudnya, paling bosan bila bersamaorang yang tiada pendirian, tak boleh buat keputusan dan suka memberi tekanan, lebih-lebih lagi tentang perhubungan cinta!

 kat bawah ni dilla letak perkara yang jangan sesekali buat ok!

  • Memujuk dan terus-menerus memujuk sidia  untuk menyatakan cinta dan sayang kepada anda.
  • Terus bertanya jika sidia mahu couple ke, atau mahu memulakan perhubungan cinta ke, no! no!
  • Tidak perlu sibuk-sibuk mencuba berbagai-bagai cara untuk mempamerkan yang anda berminat atau jatuh cinta kepadanya…boleh buat sidia menyampah ok!
  • Berlumba atau berebut-rebut cuba memikat sidia  yang anda minat itu.
  • Memaksa dan keep on memaksa sidia mengikat tali pertunangan atau perkahwinan.
mugkin terfikir jugak,kalau tak bertindak macam mana nak memikat pujaan hati kan? relax and cool la weh! jangan sampai tersilap langkah macam no 5  tu kan.

so, macam mana nak dapat kalau macam ni kan? hanya satu cara yang paling berkesan dan mujarab tanpa stress dan juga tekanan (bukan sama kew tu)? jeng jeng!!!



BE A REAL GOOD FRIEND! …maksudnya, anda mesti jadi kawan baiknya, teman rapatnya, kawan tempat dia meluahkan segala masalah, kawan yang tempat dia meminta tolong, jadi teman yang sentiasa memberi semangat dan dorongan agar dia bangkit gagah



seriously, its works ok! sebab tanpa disedari  persahabatan yang terjalin itu sebenarnya perlahan-lahan telah bertukar kepada percintaan. 


sekiranya anda mahu memikat seseorang, cara yang paling berjaya ialah jadilah teman baiknya, teman yang paling dipercayai dan paling rapat….berkawan dengan ikhlas dan jujur….pamerkan kita sangat mengambil berat dalam persahabatan…lebih dari semua orang! TAPI…pendamkan dan rahsiakan dulu perasaan cinta itu kerana lama-kelamaan, dia pasti akan sedar yang anda jauh lebih baik dari semua orang…kalau tak sedar-sedar jugak tu…belah aje lah…itu maknanya dia tak berguna punya orang  …ini adalah pengorbanan kita, kesabaran kita…which, you hanya buat kepada orang yang tahu menghargai sesama manusia. ALL THE BEST, I know you can do it! 



oh! lisa surihani

siapa tak kenal lisa surihani, gadis yang menjadi pujaan jejaka masa kini.haha..orangnya samgat cantik dan mempunyai personaliti yang agak sopan.kan..

sebenarnya lisa ni dari kecil lagi dah cute..bila besar jadi cantik pulak..hahha

tengok video kat bawah ni..cute!



p/s  comel lisa buat tocang macam tu.haha

Thursday, October 21, 2010

NASI KANDAR BERATUR

setengah jam juga la fikir nak letak title nasi kandar beratur atau nasi kandaq beratuq.haha..tak apa tulis mana-mana pon orang faham kan..lainla kalau buta huruf. =)


mula-mula dilla engat dorang saja ja panggil nasi kandar beratur, rupa-rupanya memang nama kedai tu nasi kandar beratur. kedai ni start buka jam 10 malam.tapi rasanya masa dilla sampai baru jew buka nie.




tengok betol-betol kedai ni nama nasi kandar beratur.huhu..bukan nama kedai jew, orang nak beli pon kena beratur.




tengok tu semua orang beratur nak beli nasi kandar.haha..beratoq jangan tak beratoq..huhu


dilla  hairan jugak la apasal la ramai sangat yang nak makan Nasi Kandar Beratur ni. Tak putus-putus orang datang malam tu . Semua kaum ada, Melayu , Cina, India semua kena beratur. Kalau potong kena denda. Ahah! Aku tak faham kenapa perlu beratur sebab nanti mamak tu yang akan bawakkan makanan kita dah order tu pergi dekat tempat meja makan kita. mungkin ada sebab dia buat macam tu, baru style sikit kot.haha..


muaz kata ziana zain penah makan kat sini ;p


p/s bila dah penat beratur, maka kita pon akan lapar, bila kita lapar,,makan apa pon sedap kan!

Wednesday, October 20, 2010

IDAMAN.

Baru dua hari lepas post pasal nokia C3, lepas tu bila tengok live je, dah tak berkenan.haha..apedaa..cepat sangat beralih hati..tak pe beralih bukan bermakna tak ada pengganti, malah mungkin yang terbaik!yeah!

dilla berkenan plak dengan yang ni..damn punya suka la.crazy bila first time tengok.kalau dapat menda ni memang dila guling-guling la happy.wakkaka




amacam suka tak?


p/s bak datang sebijik!

CANTIK DAN MURAH

entry kali ni adalah tentang satu blogshop yang aku selalu beli barang.sekarang ni diorang dah guna facabook pula nak promote barang diorang.pada sesiapa yang suka online shoppimg ni dilla sarankan beli barang korang dekat sini.memang berbaloi!  sebab apa berbaloi?


  • harga murah berbanding kedai-kedai online yang lain
  • kualiti kain juga bagus
  • FREE DELIVERY!!!
  • lepas beli kat dorang ni dapat FREE GIFT plak tu.
  • beli banyak dapat diskaun pon banyak!
  • after sales service yang sangat-sangat memuaskan.
ni bukan dilla nak promote ke apa, tapi berdasarkan pengalaman semata-mata. selain daripada competitive advantage tersebut, selepas beli baju dekat dorang, snap picture korang yang pakai baju tu, then korang dapat diskaun RM10 untuk pembelian akan datang,sangat bagus kan? satu cara marketing yang baik! salute la sis. 

bukan dilla goreng je?betul! 


 pic ni dilla snap masa pakai baju yang dibeli kat situ..then dapat RM 10 diskaun kalau nak beli baju lagi
agak gedix pic tersebut tapi yang penting dapat diskaun! kalau baju RM30 dah jadi RM20..best kan?

kalau berminat nak tengok or beli baju-baju kat situ sila click----->beautylace


p/s kena diet la..baru nampak macam model kat sebelah!haha ;p

Monday, October 18, 2010

NOKIA C3





nak nak ni!!!nak ni!! xdapat blackberry pon xpa lah..nak yang ni..sebab ap?sebab kaler pink ja..hee ;p
sangat comel ok..tapi tula tak ada 3g kot..dilla suka kaler nyer jew.hehe
harga nya pun murah..setakat ni harga pasaran RM520.


spesifikasi Nokia C3

Dimensi: 115.5 x 58.1 x 13.6 mm, 63.2 cc;
Berat: 114 g;
Layar: Type TFT, 256K warna, Resolusi 320 x 240 pixels, 2.4 inchi

Keypad: Full QWERTY keyboard;
Connectivity:  GPRS Class 32, EDGE Class 32, Wi-Fi 802.11 b/g, Bluetooth v2.1 with A2DP, USB v2.0 microUSB;
Browser: WAP 2.0/xHTML, HTML (Opera);
Memori: Internal 55 MB, Card slot microSD, up to 16GB

Kamera: 2 MP, 1600×1200 pixels, Support Video QCIF@15fps;
Multimedia: Radio Stereo FM radio, MP4/H.264/H.263 player, MP3/WAV/WMA/eAAC+ player, Flash Lite v3.0;
 Messaging: SMS, MMS, Email, Push Email, IM;

Warna: Black Grey, Golden White, Hot Pink;
Features: Games Downloadable, Sound Alert types Vibration, MP3 ringtones, Speakerphone, 3.5 mm audio jack, Memory Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall, Call records Detailed, max 30 days, Java MIDP 2.0, Social network integration, Voice command/dial, Organizer, T9;
Bateri: Li-Ion 1320 mAh (BL-5J), Stand-by Up to 480 jam, Talk time Up to 7 hours;


selain tu ada kaler lain jugak.








biasa ja kan??cantik pon sebab  ada kaler pink..hehe


tetapi kalau tengok-tengok balik nokia model ni ada sikit-sikit macam blackberry bold pon ada..tak dapat blackberry yang ni pon jadi la..haha..





Sunday, October 17, 2010

SUPRISE.


semalam dapat suprise..haha..dila kan kuat merajuk, sensentap la katakan, tambah-tambah plak bila bulan mengambang, memang buat hal la kalo nak cari pasal time tu. memang panas la.kaaaaaaaaaannn..

tak disangka-sangka akibat perubahan hormon mendadak, berlaku lah perang dingin sedingin winter sonata.haha

dengan niat nak pujuk si molly princess yang mengada-ngada ni..saya dapat la hadiah ni!!
datang tanpa dipaksa..tak kan nk tolak pulak..tak baik oooo..hahaha...




p/s thanks a lot buddy, len kali tak mo susah-susah  taw, tapi kalo nak susah-susah lagi pon xpa.hahahahah

Saturday, October 16, 2010

AWARD LAGI!!


wow! dapat award lagi..kalah artis aihh (perasan) award ni dilla dapat from princess caramadaries thanks lalink! kitorang kenal kat blog je..tapi dia sangat sweet ok.. hehe


  1. write 5 interesting facts about the person who give u the award!
  • princess sangat sweet, even tak pernah jumpa,tp berdasarkan gambar2 kat blog, dilla tahu awak sweet!
  • sensitip
  • love blogwalking
  • suka kemas rumah kalau rajin
  • simple
lepas tu, tuliskan 10 fakta tentang diri awak!
apa ek fakta diri aku?haha
  • suka tidur
  • malas
  • suka makeup
  • suka hello kitty
  • suka wat keja last minit
  • cepat merajuk
  • suka MCD
  • rabun
  • petite
  • hitam manis (manis ke)haha
dah dapat award ni jangan simpan sorang-sorang nak kasi kat sapa la ye..huhu mestila kepasda orang yang selalu komen kat blog ni..sorry kalau terlepas pandang yang lain ye.

anda yang terpilih adalah!!!

silalah ambil award anda sekalian. PEACE! =)

OH!! LELAKI CANTIK!



lelaki cantik? ada ke lelaki cantik? selalunya cantik ni kat perempuan je..kan?kenapa lelaki plak nak cantik? dorang da pandai pakai makeup ke??hoh??? bukan yang tu ye sayang-sayang sekalian. Lelaki juga cantik, kecantikan lelaki bukan pada rupa dan fizikal tetapi rohani. Bukan semua cantik, tapi segolongan yang cantik ini amatlah sukar dicari =)


ciri-ciri lelaki yang cantik adalah:


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati




itulah lelaki yang cantik, bukan lelaki yang pakai makeup or pakai skirt.haha



Thursday, October 14, 2010

SAYA DAPAT AWARDS!


wah..macam xpercaya dapat award ni..thanks to dada sebab bagi award ni kat dilla! yahoo.best sangat.biasala first time dapat award.haha.

so, dengan ini dilla kena bg award ni kat orang lain pulak!

antara yang bertuah nak dapat award ni adalah!!!kena kasi dekat 15 orang..banyak tu...tp dila kasi kat sapa yang bertuah ja!haha


lepas notice yang korang ni da dapat award yang terbaik ni..tell me 7 thing about yourself ok!update-update!!


  1. suka makan tapi takot gemok
  2. sensentap
  3. manja
  4. gedik
  5. suka barbie
  6. suka pink
  7. unpredictable person
setakat ni saja post untuk hari ni..petang ni ada test manegerial economic.haha..bunyi cam gempak kan!nak pi study nih..hope korang suka dengan award ni ok. love ya!

Monday, October 11, 2010

CUTI-CUTI CINTA





Cuti-Cuti Cinta adalah sebuah filem karya Ahmad Idham yang bakal ditayangkan pada 21 Oktober 2010 ini

mungkin ramai yang tak suka cerita melayu malah lebih support cerita dari luar..ini memang tidak dinafikan..tapi aku suka semua cerita tak kisah lah dari mana cerita tu.haha

movie ni memang aku nak tengak tambahan pula ada FARID KAMIL dan NORA DANISH! suka!!!

TRANSFORMERS.

                                      SEBELUM                                  SELEPAS

Merujuk kepada gambar di ata jelaslah bahawa setiap insan dikurniakan kelebihan masing-masing (bweekk!!!)
tetapi,bukan semua orang yang cantik semulajadi..seperti gambar di atas, tanpa penggunaan mekap 4 inci belum tentu jadi macam tu..hahaha(gelak guling-guling).

aku, seperti gambar diatas adalah seorang manusia yang susah nak hidup tanpa bantuan alat-alat makeup..bukan sebab aku tak cantik sangat (gelak guling-guling lagi).ini desebabkan aku dah hidup dengan benda ni sejak kecil lagi,dulu mana ada duit nak beli makeup, aku rempat akak sedara punya, makcik, mak ngah punya makeup suma aku rembat.haha,kejadian itu berlaku ketika aku dalam lingkungan umur 5 tahun..haaa..kalau da sebati dengan jiwa nak buat macam mana.memang tak boleh dipisah kan la.hahha
lantak la korang nak ckp ape.asalkan compact powder gn lipstik mesti ada dalam beg aku.kadang-kadang blusher pon aku sumbat sekali.haha

kadang-kadang aku bangun lambat nak ke kelas, sanggup pakai bedak dalam keta.wee..lantak la!!

tapi kan..nanti kalau aku da kahwin husband tak kasi makeup camne?hahahahahaah


p/s makeup dan aku  bagai aur dan tebing.


Thursday, October 7, 2010

LEMBU TENGOK TV

tengok title macam ntah apa-apa la dila ni..post benda bukan-bukan.dalam kesibukan aku memcari maklumat tentang assgnment hajah, aku terjumpa satu benda yang hebat ni.haha

kejadian ni berlaku di russia, dimana seorang penternak lembu mendapat maklumat bahawa, lembu akan lebih happy, dan productive kalau dapat tengok rumput-rumput hijau yang segar,bila lembu happy,maka lembu tak akan stress dan makan banyak-banyak, lalu menjadi gemuk.maka dengan itu cepatlah lembu itu boleh disembelih.haha good idea!







p/s LED TV'S  hanya untuk lembu jew, tapi kalau letak kat rumah pulak camne?haha

Tuesday, October 5, 2010

PERJUMPAAN BEKAS-BEKAS PELATIH PLKN





Reunion ni akan di buat di semua kem PLKN di Malaysia. , kem menjemput sesiapa bekas pelatih PLKN  yang ada kesempatan datang pada 9 Oktober 2010. 


menarik!!!boleh jumpa balik kawan-kawan PLKN dulu..tapi bukan semua boleh pergi kan? dapat jumpa jurulatih gak!!!weeee

kalau nak engat balik time dekat kem dulu memang best. bila time kawad ja,macam-macam penyakit datang.hee ;)
sejujurnya amat rugi sesapa yang tak pergi PLKN ni.rugi sangat!sapa kata tak best?best wooooooooo

p/s   hari terakhir aku menangis sebab sayang nak tingalkan kem.huhu

Sunday, October 3, 2010

KALAU PERPACARAN





haha..1st time aku dengar lagu ni time nak pergi kelas managerial eco..
lawak..tapi lagu menarik.haha

HARGA ROKOK





PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.
Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.
Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.
Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.
Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.

 Elok sangat la tu.

p/s cubalah berhenti merokok ya..wakaka