jom join

Sunday, September 26, 2010

PANDA MENYERANG!




ini adalah iklan daripada egyptian untuk cheese, dan menggunakan beruang panda sebagai maskot. agak menarik iklan ini..tetapi agak menyerikan kalau berlaku macam ni sebab sapa yang berani nak tolak brand tu, tak pasal-pasal ja kena serang dengan panda nanti..bagi kanak-kanak ia mungkin memberi impak yang besar kerana mereka mungkin akan terpengaruh dan takot kalau tak makan cheese tu kan?pastu asyik makan ja..nati obesiti pulak..macam-macam kan?hahah

aku tengok pon cam gerun, nmpak nya aku amat mudah dipengaruhi oleh iklan..nama ja budak marketing tapi fail gak dengan pengaruh iklan.wakakaka

kalau bagi aku, aku klasifikasikan iklan ni dalam "fear" sebab aku rasa takot bila tak makan cheese ni..hahah..nasib baik cheese ni tak ada kat Malaysia..tak taw la kalau ada tapi aku yang tak taw..harap-harap tak da la kann..haahahhaah


p/s habisla test CTU aku..buku CTU kat sbelah, blogging kat sebelah..jahanamm...

Saturday, September 25, 2010

ANTARA DUA

resah gundah gulana..mana satu nak pilih nie..sorang sweet sorang lagi pon sweet..bila tengok ja kedua tu hati berbunga-bunga..mereka buat aku tak tido malam..fenomena ini juga dialami oleh housemate aku sitiaby tetapi aku rasa aku lebih kronik la..hahhaha

masing-masing ada kelebihan sendiri..

tolong la korang pilihkan yang terbaik ye..

yang ni sejuk mata memandang...muka cam pilihan orang tua..baik..budi bahasa..=)
tambah tambah lak kalau dalam syurga cinta..cairrr beb!haha


 yang ni memang serabut sikit,,tapi suka sangat kat dia..sweet sangat dalam cita lagenda budak setan.uuurggghh...sangat sweet ok!

sekarang ni, aku dalam dilema..mana satu nak pilih..semoga takdir menentukan yang mana satulah..kuikuiu



p/s aku bosan malam ni..yang ni ja terlintas di kepala otak ini.. =)

PENYAKIT KRONIK!

penyakit kronik yang sering diperkatakan sekarang ini adalah ketagihan internet..penawar bagi penyakit ini belum dikenal pasti..aku adalah salah seorang yang menghidapi penyakit ini..tapi dengan sedaya upaya upaya mencegahnya.tetapi hanya sehari sahaja dapat mengawal ketagihan itu..huhu..gilo..gilo..sebab tu la kot assgnment asyik tertangguh jew..padahal due date dah hampirrr sangattt...aku ingatkan aku jew yang teruk mengalami penyakit kronik ni..rupanya dunia juga menghadapi nya..hahhaha

 sampai berpeluh macamtu..sanggup2..asalkan dapat online..huhu


kena jerit dengan bini baru berakaii..hahahha

bosan-bosan tengah tuutttt.. pon boleh..layan fb jap..kukui...



teruk kan penyakit ni..kalau sesapa ada penawar tolong la bagitaw..entah2 koranag pon sama kan?hahahhah
jangan..bahaya woo..aku takot jadi macam ni ja.



p/s prevention is better than cure!!!!

Tuesday, September 21, 2010

MARI BERSENAM

Ikut langkah ni ye kawan..huhu








amacam?boleh ekot x?hahhahah


sumber; tekan sini

Saturday, September 18, 2010

WANITA

"WANITA DICIPTAKAN BUKAN DARI TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN JUGA DARI RUSUK BAWAH UTK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DEKAT DGN HATI UTK DIKASIHI.....
DAN HAMPIR DENGAN TANGAN UTK DILINDUNGI"







.

Friday, September 17, 2010

HELLO KITTY


Dilla dan hello kitty nama itu amatlah sinonim..sesiapa yang kenal aku mungkin tahu kan.kalau tak tahu maknanya tak cukup kenal lagi la tu. pantang tengok hello kitty kat kedai mana-mana mesti aku sangkut kat situ.kuikuikui

bukan aku ja yang minat, boleh kata ramai orang kat dunia ni yang minat.. tak percaya?tak percaya sudah..huhu
tengok ni..haaa





ha..tengok rantai tu,,kalau dapat kat aku, setahun pon aku tak tanggal taw!!

kalau boleh suma barang nak hello kitty, tapi kalau semua barang aku hello kitty,  nanti xda variety plak kan.
tapi, apa-apa pon aku memang suka si comel nih..tak tawu la sampai bila..kekekeke



sampai jamban pon nak hello kitty.. apa daaaaaaa...


sebenarnya banyak yang aku suka..tapi kalau letak semua kat cini..memang tak muat la.. heheh
so, korang minat apa? popeye?hehe ;p


p/s saya suka kucing.




.

PEREMPUAN MATERIALISTIK

apa itu materialistik? materialistik adalah bersifat kebendaan, contohnya. jika anda lihat sebuah kereta cantik lagi bergaya melintas di hadapan korang atau lihat sebuah rumah yang tersergam indah. tentu anda ingin memilikinya.kannnnnnnnnnn??? itu la materialistik. faham tak?

bila sebut pasal materialistik, suma tak nak mengaku diri tu materialistik.. kenapa? biasa la pencuri tak kan nak mengaku dia pencuri kan? mengapa marah kalau orang cakap anda materialistik? tak salah kan? sebenarnya materialistik bukannya seorang yang buruk pekertinya..hampir semua orang di dunia pon materialistik juga..mengakulahhh.. =)

sesiapa tak suka nak baca boleh pergi ke sebelah kanan atas tu, ada simbol pangkah..click situ ok.. =)


bagi aku pulak, kita tak seharusnya marah bila ada orang cakap kita materialistik, sebaliknya cuba muhasabah diri sebab apa oarang cakap macam tu. jika kita selesa dengannya..what people can say?kan?

sapa tak nak kereta besar, rumah besar, baju mewah,  kasut jimmy choo..eh?eh? hahha ;p

sapa tak nak hidup senang angkat kaki!!!!!!!!!!!!!

p/s jangan bohong diri sendiri ok!!!

.

Thursday, September 16, 2010

HOTEL IDAMAN.

songjiang hotel

Hotel ni nampak macam dalam cerita barbie, tapi tak..ni hotel betul ok..sangat mesra alam.teringin nak pergi.tdo semalam pon jadi la..kalo tak dapat tido, guna tandas pon jadila..huhu

hotel yang indah ni berdekatan dengan Shanghai. makin lama makin top sebab menjadi lokasi perlancongan disebabkan landskap dan keindahan semulajadinya. pasti akan memukau sesiapa sahaja.

songjiang hotel.


hotel ni direka oleh, ATKIN FIRM, so apa yang menarik kat hotel ni?

  • ada 400 bilik (kalau full jugak tak taw la kan)
  • 100 meter dari atas (tinggi)
  • yang penting, ada air terjun wooo
  • underwater world (ala...macam kat langkawi tuuu..)



p/s kalau Malaysia buat macam ni, mesti terbaik kan.. ;p




.

Monday, September 13, 2010

I NEVER TOLD YOU.





best la lagu ni..tak taw la kenapa.


p/s mungkin ada berkaitan dengan hidup aku kot.kan?



.

KEK SEKSI.

mungkin pencipta kek-kek ni terlalu kreatif otaknya atau.....









p/s nak makan pon tak sampai hati.hahahhahah



.

NAK KAYA?

Ya..aku tamak.sebab dalam satu malam aku nak post lagi satu entry. ;)

kaya?siapalah tak nak kaya kan. boleh shopping sesuka hati aku, nak apa?ambil jew, tak payah tengok tag harga.vacation? bila-bila masam pon on jew..nak apa lagi??huhu.. berangan lagiiiii la DILLA. Tapi lepas tragedi  Datuk  Sosilawati tu..aku bermonolog sendiri "takot juga kalau jadi kaya kan.. takot!" tak pasal-pasal jew kena pukul, bunuh, pastu kena bakar pulak.sungguh kejam! sampai hati buat macam tu kan. tak kan saja-saja nak buat, melainkan ada motif tertentu.. itu yang kita tak tahu!

Biarlah tidak terlalu kaya atau sederhana saja. kalau kaya pon belom tentu hidup kita tenteram. biarlah ala kadar sahaja tetapi tetap  bahagia.


p/s kalau tak da duit pon tak tenteram gak.ntah.fikirlah sendiri.dah besar....




.

KAHWIN MUDA

apehal tetiba nak cerita sal kahwin ni..nak tawu??tengok sebelah tu..dekat about me..baca ye.:) thanks

kahwin adalah satu lumrah dan fitrah dalam kehidupan manusia..berbalik kepada tajuk diatas,ceewah macam baca berita plak..ehem2..ok2..kahwin muda ni bermaksud berkahwin dalam usia yang muda.berapa ye lingkungan muda tu??tak kan 40 kot??itu bukan kahwin muda,itu kahwin isteri muda..;) kahwin muda ni eloklah kita anggarkan dalam 20an hingga 30an. kahwin muda ni macam best kan.tp kaji punya kaji ada kebaikan dan keburukkannya..

antara kebaikannya ialah....

  • dapat menjauhi ZINA. haaaaaa....
  • mengurangkan gejala sosial
  • hidup tenang je (xpayah pk pakwe g mane?wat apa?dsb
  • dapat meramaikan manusia di muka bumi ini dan dalam masa yang sama dapat membanyakkan umat Nabi Muhammad
  • .
  • ..
  • ...
  • ...(saja nak kasi banyak kebaikan..hehehhe ;p

dan keburukkanya pula..

  • masih perasan diri tu bujang (punca curang)
  • rumah tangga mudah bergoyah sebab ilmu rumahtangga yg kurang..kena pi ambil PHD pasal rumah tangga dulu..kukuikui
  • (nampak kan..bnyak baik dari buruk!ehhehhe
erm...luahkanlah pendapat anda ya!

picture ni aku cilok kat google..smart kan.




p/s calonnya?????



.

Thursday, September 9, 2010

RAYA PERTAMA



Raya pertama.nothing special.mungkin sebab duit raya makin kurang kot.tak! tu masalah lain. sebenarnya ada hal lain yang lebih tak best. =(



.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA.


Di kesempatan inii, dilla nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semua. maaflah kalau ada terkasar bahasa, terguris hati dan segala terrrr tu..heee =)

maafla kalau ada yang terasa hati dengan status facebook atau penulisan blog yang ntah apa-apa ni kay.

dilla tak wat kad raya yang letak gambar-gambar sendiri tu.malas,,so apalagi mintak kat encik google la..wakakaka

kalau rasa nak bagi duit raya tu..PM me ok..heee(sempat lagi)


sekali lagi dilla nak mohon maaf zahir dan batin..
 

P/S RAYA-RAYA JUGA, JAGA DIRI BAIK- BAIK OK =)

Tuesday, September 7, 2010

TONTON MOVIE PERCUMA DI YOUTUBE!

berita baik untuk penggemar moviesss!!! YOUTUBE  telah melancarkan satu perkhidmatan baru yang membolehkan korang melihat movie secara percuma dan dengan kualiti yang memuaskan.


setakat ni kira-kira 400 movie dengan genre berlainan,,menarik kan??free weh..bosan-bosan boleh tgok. 


Untuk channel percuma ini, YouTube telah menandatangani perjanjian dengan BlinkBox iaitu laman TV aggregator dan British Online Film. YouTube juga membuat usahasama dengan syarikat dari US seperti Lionsgate, MGM, dan Sony Pictures untuk channel movie percuma tersebut.










YOU TUBE MOVIES URL KAT BAWAH NI K..ENJOY =)
http://www.youtube.com/movies






.

KALAU DAH BAKAT TU........

ini memang terbaik la weh..even suma ni tak sesuai kat negara kita tp korang tengoklah bakat yang dia ni ada..hanya guna gunting ja dah boleh buat fesyen macam-macam.

agaknya dia berkawan dengan gunting kot kan..heeeeee =)
moh tengok nie:






.

TAK PERLU LAGI VIAGRA

tak perlu lagi viagara??kenapa tak??kenapa tak??ini disebabkan kerana sudah ada pengganti yang sihat kepada viagra. pengguna viagra tak perlu lagi menggadaikan nyawa untuk menggunakan viagra yang suck tu..huhu
percaya tak anda bahawa tembikai boleh menggantikan viagra??



percayalah..tembikai sehebat viagra ok. ya kita semua tahu khasiat yang terdapat dalam  dan buah buahan yang lain namun dalam satu kajian baru-baru ini dilakukan oleh Pengarah Pusat Peningkatan Buah dan Tumbuhan A&M Texas di college Station, Dr. Bhimu Patil mendapati bahawa memakan  sangat baik untuk kesihatan.

Dalam  terkandung lycopene,beta carotene dan citrulline yang mampu menyelesakan saluran darah, kesan sama yang diberikan oleh . 

wah..berkhasiatnya buah  ini rupanya...Saintis menyatakan apabila kita mula memakan , Citrulline akan ditukarkan kepada arginine dengan bantuan enzim tertentu.Arginine sejenis asid amino merangsang nitric oxide, untuk menyelesakan saluran darah dan pada masa yang sama membri impak yang sama seprti . hehe pe lagi jom makan  banyak-banyak!.. :p


mugkin ada yang tak tahu apa itu viagra:click sini ok..Viagra


I LOVE MY BOOBIES =)



entry aku yang sebelum-sebelum ni tak pernah cerita pasal kesihatan kan..nampak sangat la hal ni jarang aku fikirkan..kuikui..tengok jew title kat atas macam menarik kan..aummm..aumm..
tetapi, ada yang lebih menarik jika kita mengambil berat tentangnya.ya..aku nak bercerita tentang kanser payudara..toodiaa.. 
.haaaaaaaa..boys yang baca ni jgn suka-suka ja nak baca k..you all pon berpotensi taw!!!!

kanser payudara adalah punca kematian paling tinggi di KALANGAN WANITA DI MALAYSIA. kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara berkembang dalam keadaan tak terkawal, kalau tak segera dikawal dan dirawat secepat mungkin, kanser ini boleh merebak ke bahagian limfa dan bahagian badan yang lain.
ishh..takot kan??hurm

antara faktor-faktor yang menyebabkan kanser payudara adalah usia yang meningkat,selain itu ia juga boleh berlaku atas faktor keturunan..perempuan yang period awal pon berpotensi dapat penyakit ni taw!wanita yang tak pernah melahirkan anak dan mengambil makanan yang mengandungi lemak haiwan.

kalau dah rasa sangsi, atau lepas baca je post ni terus sakit kat " situ" anda boleh check sendiri..tak susah pon...nak taw caranya click kat sini  http://www.eurohealth.ie

p/s cuba la ok..mencegah adalah lebih baik dari merawat.

PERSAHABATAN



Dalam dunia ni kita tak punya siapa, hanyalah diri sendiri, tetapi kita amat beruntung jika mempunyai insan yang bergelar sahabat. ya sahabat. dan sahabat ialah seorang yang memahami kita, dan kita mengharapkan kejujuran dan keiklasan dia,begitu juga dia ,dia juga mengharapkan yang sama. tetapi kita selalu terlupa tentang hal itu.

kita cuma memikirkan harapan dan dan perasaan kita, kita rasa dikhiniati bila mereka tidak menepati janji, kita tak bagi peluang dia jelaskannya, bagi kita alasan itu hanyalah untuk membela diri..pfffttt...
kita juga pernah membuatkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tak ditepati.  kita beri beribu alasan. waktu tu, tak terfikirkah perasaan dia?? seperti kita juga, ada perasaan kecewa, tetapi kita sering terlupa. 

amat beruntunglah jika mempunyai seorang sahabat yang memahami, yang selalu berada di sisi kita saat kita memerlukannya. dia mendengar segala luahan perasaan kita sedih,takot,kecewa harapan dan impian juga kita luahkan. si sahabat memberi kita jalan penyelesaian masalah dan selalunya kita sibuk bercerita tentang diri kita dan terlupa bahawa sahabat juga ada cerita yang mahu berkongsi dengan kita, ya..terlupa lagi..hurmm
pernahkah kita memberi peluang kepadanaya untuk bercerita tentang perasaannya, sedihnya, kecewanya takot sertaharapan dan impiannya????pernahkah kita menenangkannya sama seperti dia menyabarkan kita?

iklaskah kita mendengar berita gembiranya?
mampukah kita menguatkan semangatnya ketika dia kecewa?
bolehkan kita menjadi bahu untuknya?
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat..kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mugkin dia tidak setabah  yang kita sangkakan, di sebalik senyuman yang cun itu mungkin bnyak cerita sedih yang nak disampaikan..kannnnnnnnnnnnn????



hari tu aku ada terjumpa satu ayat ni, tapi tak pasti la sapa punya..
"orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat baik, dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik"

air mata berlinang sambil menaip..damn dila..you are so fragile!!!



p/s  satu satunya cara untuk kita mendapat kasih sayang, ialah...jangan menuntut untuk kita disayangi.. tetapi mulalah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan =)) mampukah??huhu

Monday, September 6, 2010

POKOK BERACUN


Pernah tak tengok pokok ni??pokok ni adalah pokok keladi hiasan.pokok ni kan selalu ada kat rumah,pejabat kadang-kadang kat sekolah pon ada...tak sangka pula pokok hiasan ni beracun..beracun beb!bahaya!bahaya!

pokok ni sangat beracun dan boleh menyebabkan kematian, sekiranay ada la budak yang tergigit pokok ni, kandungan racun dalam pokok ni boleh membunuh dalam satu minit!!damn! kalau orang dewasa lak 15 minit..

kesan daripada mengigit daun beracun ni, lidah akan jadi bengkak dan menghalang pernafasan dan menyebabkan kematian.


Diharap pembaca-pembaca semua agar dapat berkongi dengan kawan-kawan,mak ayah,sedara suma. . Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

sebenarnya aku baru ja taw pasal nie..hehe..cian aku kan.=)

.

MOYMOY PALABOY

aku rasa ramai dah kenal moymoypalaboy ni..tapi saja suka nak letak gak..ha.ha..ha..mugkin ada yang tak taw gak kan. Dua beradik nie, start download dorang punya video tahun 2007,lepas tu kann,video dorang mencapai 5million penonton menjelang tahun 2008.hebat kan??orang biasa ja..bukan artis pon =)

tapi biasala, bila dah popular kat you tube ni pon, ley jadi artis taw..kui..kui..
disebabkan kepopularitian dorang di youtube, dorang sekarang ni mengikat kontrak bersama GMA artist center.

ingin mengetahui lebih lanjut go to google la..adoiii..






video ni bila dorang dah top2 dah..kalau nak tgok time dorang mengong2 awal-awal dulu cari kat youtube yer =)


.

Sunday, September 5, 2010

BAZAR ATAU BAZIR RAMADHAN?

apa motif aku ambil gambar mak cik nie?aku google pix bazar ramadhan,ni je yang cun aku bedal la :)

hari-hari nak pergi bazar ramadhan,kalau tak pergi sehari bazar ramadhan time bulan puasa, rasa macam tak lengkap jew..kalau nak beli lak,kalau beli satu jenis jew,,TAK CUKUP.amboi..tak taw la nak cakap macam mana..aku memang malas nak pergi, sebab bila aku pergi jew,mula la membeli bukan-bukan.kadang-kadang sampai lupa nak makan.adooyaiii..itula punca-punca pembaziran berlaku..bayangkan la 9000 tan sampah kat Malaysia ni adalah hasil pembuangan sisa makanan jew taw..wahhh..tenggelam..tenggelam..
bayangkan kalau suma makanan tu bagi kat orang miskin kew, kat negara yang perang-perang tu kew..mesti kembung perut dorang makan kan?xpasal-pasal kena kasi eno halia plak..wkakakakkaka..=))

p/s bulan puasa sepatutnya makin kurus,tapi aku makin debab plak.sekurang-kurangnya aku tak membazir kot kan..sebab tu debab..muahahhahahah =))

...

LEARN FROM FAILURE.

HARIMAU KAWIN DENGAN SINGA =)

BOLEH KEW HARIMAU KAWIN DENGAN SINGA??
hahahha..kenapa tak boleh pulak kann...



EH!EH! SENYUM PLAK DIER..=)
nampak macam kucing pon ada kan? tapi tak kan la kucing boleh besar macam tu..tak munkin.tak mungkin..
kalau korang nak tahu, binatang ni jenis hybird evolusi dari ayahnya singa dan emaknya harimau.
tapi kan..nampak jinak kan?kan?
 ini bukan photoshop ok.tak percaya??tak apa.. tak apa..korang try tengok video ni lak..



HAH!!! AMACAM?CLEAR?HUHU

SUMBER DARI:http://www.ligerliger.com/


..

KARI KEPALA IKAN


Tadi berbuka dengan family, kebetulan mak masak kari kepala ikan.aku tak makan sangat kari kepala ikan ni..tapi biasala dah mak masak tak kan tak makan pulak kan..kecikkk hati mak nati..so,disebabkan aku tak makan sangat kari kepala ikan tu,aku makan kuah jela..hik..hik..
tiba-tiba tengah dok sedap makan tu mak kata "mak beli ikan tu sebab nak masak kari kepala ikan kat kakak" dushhhh!!!macam ada satu perasaan pelik datang kat aku,sedih,terharu,dan entah la apa perasaan lagi aku pon tak pasti.....lantas, aku pon dengan berselera boleh pulak makan ikan tu..
hebat kan penangan mak..tak payah nak gunakan senjata..guna mulut dan perasaan pon dah mencukupi


p/s  sayang kat mak....




...

NOSTALGIA KAD RAYA.

"dila nak alamat hang" teringat lagi zaman sekolah dulu..bila masuk ja bulan puasa kawan-kawan sekolah semua sibuk nak alamat. bukan apa,nak hantar KAD RAYA la..manis sungguh kenangan itu. kad raya tu pulak kita lekat la dengan selotape duit 5sen atau 10 sen. pastu tulis "nah!duit raya"..waaa..sukanya!!!
hari-hari,selagi tak raya..tunggu jew..bila la posmen nak datang..dah dapat kat raya boleh la lekat kat dinding rumah time raya =)yay!


tapi, sekarang dah jarang sangat yang kasi kat raya melalui pos,banyak yang ada sekarang via facebook atau media lain.memang la mengikut peredaran zaman..tapi, perasaan nya laen apabila kita dapat kad raya kan.
laen sangat.

p/s saya ada dapat kad raya taw..best sangat..thanks to abby =)

Saturday, September 4, 2010

ADINDA


jatuh cinta dengan lagu ni,dengan liriknya sekali,bertambah jatuh cinta dengan lagu ni.bila seseorang nyayikan dan tujukan lagu ni untuk aku 2 bulan lepas.ya.dua bulan lepas.lama dah tak jumpa sayang =(

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang ku tunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah ku melupakanmu
Hanya engkau yang ku perlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu di hatiku
Semua yang kau mahu

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa
:)



ABAH PAKAI LAMPIN TAK?

setiap kali nak raya, mesti banyak iklan raya kat tv kan? semua iklan tersebut mempunyai sentimental value untuk setiap orang.tapi tak taw la pulak kalau ada manusia yang tak ada perasaan kan..

video kat bawah ni nampak macam simple tapi sedih sebenarnya..aku berharap satu hari nanti aku tak la jadi macam ni..
sedey =(

JANGAN BUAT MACAM NI TAW! engat one day kita akan tua jugak.

hayati video ini.


JANGAN GUNA TELEFON SEMASA MEMANDU.

sayang!jangan guna handphone masa drive ok! selalu aku tegur camtu.tapi mereka ni degil dan kadang-kadang aku pon degil gak.time orang tengah drive aku gatai pi mesej depa..kah kah kah..
apa-apa pon memandu sambil guna telefon ni BAHAYA OK!

jangan perasan anda dah ada lesen anda cekap memandu.perasan! risiko tetap ada walaupon anda peraasan anda sangat cekap memandu macam pemandu drift 2..hahahahaha


ha!tengok tu..bahaya taw!
kalau tak sayang nyawa pon..kesian la orang yang kat sebelah,orang belakang ka,yang naik kereta bersama anda.tak pon kesian kat orang yang bakal anda langgar!


JANGAN RASA ANDA TERKECUALI KERANA ANDA PEMANDU YANG CEKAP




cuba tengok gambar nombor 2 pemandangan sedikit kabur dan kecil, ini disebabkan otak kita melakukan dua kerja dalam satu masa.

 ok, apabila anda fokus semasa memandu, pemandangan lebih clear dan anda dapat lihat sekeliling dan juga cermin belakang.kan?kan? anda pemandu yang cekap,xkan xtaw kott..kannnnn?
dan apabila menggunakan telefon semasa memandu menyebabkan anda tidak dapat melihat seluruh pemandangan dan kurang fokus dengan cermin belakang.

jadi,sendiri maw engat la k!



p/s sayang jangan mesej time drive ok! love you!


sumber dari: oprah.com

MESIN LIPAT BAJU

WAAaaa..canggih-canggih..kalaulah ada mesin lipat baju kan senang.tapi tak tau lah kalau kat negara lain dah ada mesin yang canggih manggih nie.hahha
bila mak panggil "kakak!!! pi basuh bajuuu...!" laju ja boleh pi.. tu pon sebab kat rumah ada mesin basuh..kalau takkk....MEMANG TAK AR!kalau mak kata "kakak!! lipat baju!" haaa..ni yang hampeh ni..malassssssssssss..dua tiga kali panggil belum tentu sampai. atlast mak juga yang lipat. =)

dari dok kat hostel dulu sampai sekarang kat rumah sewa, susah sangat la nak tgok DILLA basuh baju..kan?kan?malas basuh,malas LIPAT. tp kalau pakai baju xnak kalah..kedut sikit tak maW!!tapi pemalas nak Lipat.
alternatif terakhir hantar baju kat dobi.KAH..KAH..KAH..HABIS Itupon kalau ada wet..kalau xda..basuh baju kat rumah IRA jela..=)

td,aku godek-godek YOUTUBE  lepas tu,terjupa satu video yang amat menarik perhatian aku!
korang tengok sendiri la ya..



MENARIK..KAN?KAN?
HAHHAHAHHA

Friday, September 3, 2010

BERANI NAK LANGGAR TAK?



Dengan cara macam ni,sapa berani nak langgar lampu merah kan? =)


haha..TERBAIK KAN? ini adalah inovasi dari negara JEPUN. hebat hebat..
kalaulah  kat MALAYSIA camni..tak banyak sangat nak bayar saman  :p