jom join

Friday, September 9, 2011

SODA UNTUK JERAWAT.

kali ni entry bajet cun, sapa tak maw cun kan? sapa tak maw angkat kaki! hahha..okla malas nak tulis entry panjang, tapi nak tulis ringkas je.

kalo selalu dengar soda ni orang buat kek je, ni bukan nak buat kek, ni nak letak kat muka.bukan nak bagi muka naik macam botox tu..huhuhu..

ni soda yang dilla guna. tapi pic ni amek kat google ja..malas nak snap pastu transfer..cable hilang..huhu


soda ni untuk sapa yang ada masalah jerawat atau kulit kusam elok la. tapi jangan plak pakai bila ada rekahan kat kulit cam luka or jerawat yang bekas baru picit tu..sebab tak elok pakai kat broken skin. sapa yang kulit terlalu sensitif tu tak disyorkan la ye~

cara pengunaan:


  • cuci muka bersih sebersihnya..
  • tuang soda ni..agak-agakla banyak mana nak pakai.
  • campur soda dengan air.
  • sapu kat muka dengan gerakan melingkar(huhuhu) jangan sapu kuat sangat!
  • pastu kalo rajin biarla 1 atau 2 minit boleh jugak biar sampai kering,buat macam masker tu.
  • bilas.
lepas bilas tu rasa licinnnn jeee...best wooo =)

kalo ada siku or kaki yang kasar, boleh juga guna cara yang sama..kulit anda akan lebih halus gituu...kehkehkeh..

p/s kalo kuli jenis sensitip xpayah la cuba k!

bila cuba ni..jerawat yang kecik-kecik kat dahi tu dah berkurangan.....cek suka!







Saturday, July 23, 2011

BELAJARLAH~

Belajarlah dari Sang Kelembai
Sejak kecil sakti berilmu

Belajarlah dari Pontianak
Sesulit apapun hidup, tetap tertawa riang HiHiHiii

Belajar dari Toyol
Kecil2 pandai cari duit

Belajar dri Pocong
Zuhud & sederhana, bajunya cm itu2 aja


Belajar dr Suster Ngesot
Rendah hati kemana2 ngesot, tak jalan tegak sombong

~Ambil yg baik, buang yg jelek ~


ambil kat sini jew



Wednesday, July 20, 2011

PRAKTIKAL



Bulan 8 ni start praktikal. cam takot ja..harap semua berjalan dengan lancar.







Saturday, July 16, 2011

OH! MANUSIA.

manusia memang tak perfect tapi jangan la sebab tak ada manusia yang perfect semua benda kita nak buat cam lepas batuk kat tangga. kann..tetapi ada juga manusia yang suka menilai orang lain dengan guna pendapat orang lain.ala..mcm makcik2 kat kampung yg sembang petang2 tu.cam dalam tv tu..cam tu la..tak kira la manusia tu berpelajaran tinggi sekalipon tapi kalo otak ada yg macam tu.tak guna jugak. ok contoh, kalau bestfriend u tak suka seseorang, u kena xsuka orang tu gak ke? common la..kau bukan budak sekolah rendah ok. nampak gaya macam nak cakap kau tu matured, matured kat umur tak payah la. kalau otak macam budak sekolah. biar aku act macam budak sekolah tapi otak aku dah lepas level tu.bukan nak bangga diri.tapi aku taw la diri aku. kadang-kadang aku sedar pon salah aku. kalau masalahnya kita tak ada buat salah apa-apa tapi orang layan macam aku perompak ke,rogol adik kau ke? xpa gak..eh? aku lak rogol.tak mungkin.;p

jangan jadi otak 3suku la, nak judge orang tanpa sebab. kalau sebab tak puas hati, kedengki.tu masalah kau.bukan masalah aku. aku ok dengan semua orang, orang nak kawan dengan aku. aku accept.dan..bagaimana kamu semua?? nak lari? sikit pon tak ada kesan dalam hidup aku sebenarnya.

depan aku bukan main holy, shit. haha.cam lawak plak bila aku tgok muka orang yang berpura-pura.padahal kita tahu apa dia mengata belakang kita.common la. aku lagi pelakon terbaik ok. kalo aku nak jadi pelakon memang dah masak la hampa suma.hahahahhahahahah (gelak jahat)

kali ni aku tapi dengan hati aku, so nak judge apa ekot suka la, sebab aku taw semua taktik haram jadah hampa tu. for ur information, aku tak rugi apa2. aku bahagia. hahhahahahha

teringat plak bila orang yang belagak, bodoh sombong. aku bukan la budak pandai, tapi bersyukurlah.jamgan jadi bodoh sombong. cerita yang terkantoi oleh kawan hampa sendiri.kalo aku, aduhh malu, tak tiawww la nak letak muka kat mana.ngeh2

banyak sebenarnya. sampai aku pon dah tak ingat kisah bodoh kanak2 ni.

biar aku dah luahkan sekarang.sekarang aku dah nak buang jauh-jauh perasaan yang hampa buat kat aku, dan kalau la aku memang ada buat salah kat hampa yang aku pon tak taw apa masalahnya.aku minta maaf.




sekian. selamat menyambut puasa kawan ~peace~

Tuesday, July 12, 2011

MEOW SAYANG ABANG

hye,nama saya meow, sebenarnya saya ada dua nama, meow dan comel..kakak suka panggil saya meow tapi abg suka panggil saya comel.sebab tu saya suka main dengan abang sebab abang panggil saya comel.heee..comel kan saya.hahaha..


bila abang balik sekolah, abg suka tidur, saya suka tidur dengan abang, tambah pulak bawak ketik abang,syahdu ja..sebab abag pakai deodorant nivea.haha..ni kakak yang ambik gambaq..dia suka dok ambik gambaq kami..jeles letteww..;p

sedap betoi tdoq kat ketiak abg ni...


abg balik sekolah mesti letih, sbelom abg tidoq,comel suka urut abang dulu..






kakak pon sayang meow jugak..dia bagi meow bebe..comel!

meow peluk bebe sambil tgok tv dengan kakak!


hari-hari meow dapat makan sedap, tapi meow da tak pandai makan nasi,sebab ayah bagi mkn Friskies..hehe..



love~ meow

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.O APA KEJADAH???

bersih ni apa? perhimpunan nak bersihkan KL ke?? nama antivirus baru ke? ok sekarang nak terangkan apa itu bersih kepada sesetengah orang yang tak faham apa sebenarnya BERSIH ni.

BERSIH 2.0?
BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

nak ikot Ambiga ka?


Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan. Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? contohnya kalau sokong Arsenal, tak kan korang nak berlatih bola hari2 cam dorang? Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil.  itu ja..salah ke?

nak hantar memorandom ja pon, awat nak berhimpun semak-semak plak?

memang memorandom tu boleh ja  diserahkan secara individu, tapi, bila dihantar secara peribadi, ada pihak yang akan mengatakan itu adalah kepentingan peribadi, maka dengan mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. dan tuntunan ini juga tak menyebelahi mana-mana parti.

perhimpunan ni semak,huru-hara.menyusahkan orang ramai.


Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.


Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku. Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

jalan sesak,menyusahkan!

semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau jalan tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.


Media Propaganda Putar Belit


Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika. Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. kesoan sungguh! ketinggallan!



gambar perhimpunan bersih ni jelas menunjukkan, rakyat memang mahukan keadilan dan menyuarakan hak mereka di negara DEMOKRASI ini,.

ok..sekarang nak tunjuk video bersih yg dekat luar negara. untuk pengetahuan anda, bersih ni bukan buat kat malaysia ja. ok?






dan yang ni plak link untuk gambar perhimpunan BERSIH kat PERTH ------>https://www.facebook.com/media/set/?set=a.168442096554874.41452.159764004089350

.so, dari semua ni kita boleh lihat masalah tak timbul pon, tak payah nak halang org lain nak pegi solat pon,tak payah nak tembak pemedih mata bagai..leks je kalau xde salah.. ;p

ada terbaca satu blog ni, pengalaman pegi BERsih tu.. baca ni proud of you


reblog dan inspirasi dari solihinzubir.



Thursday, July 7, 2011

SILKY GIRL DOUBLE INTENSE GEL EYELINER

curi pix google

sapa penah pkai ni?best kan? boleh la? haha..tak mampu nak beli eyeliner M.A.C suma tu, pakai yang ni pon ok peee..elok jee. murah gak la..xsampai RM 20 pon..pakai yang gel ni lagi best dari yg pensil tu.. tak best! haha. lagi pon eyeliner ni stay lama. kalau peluh pon tak luntur jadi mata cam emo tu.hee..i kasi 5/5 star! nice

xda plak pix yang tunjuk betol2 pakai eyeliner ni.. yang ni bole la kot.ngee

 sorry kalo pix ni xnampak eyeliner sgt, sbb xclose up kat mata tu..

hee..thanks 4 reading!


Wednesday, July 6, 2011

kejam: anak kucing ditembak!

pada suatu hari, di sebuah desa yang permai 4 ekor anak kucing yang comel dan tidak perdosa disiksa oleh manusia perangai raja setan. ceritanya bermula apabila pemilik kucing terdengar tangisan si ibu kucing seolah-olah meraung. maka si pemilik pon turun melihat kucing tersebut...alangkah terkejutnya si pemilik apabila melihat keempat anak kucing itu dibunuh dan sengaja diletakkan di depan ibunya.




Seekor anak kucing lehernya diikat dengan tali dan badannya direntangkan, dengan dada teriris terbuka menunjukkan jantungnya diiris-iris dan lukanya terlihat. Sementara ketiga ekor anak kucing lainnya, kepala mereka dipijak (sampai remuk).
Menurut  wartawan, lubang peluru yang ada di kepala anak kucing tersebut berasal dari peluru pistol mainan. Kira-kira, pada malam  seseorang menggunakan pistol mainian untuk memukuli anak-anak kucing tersebut sampai mereka tidak dapat lari, sebelum meneruskan menyiksa anak-anak kucing tersebut sampai mati, dan secara sengaja meletakkan anak-anak kucing  tersebut di sebelah ibu kucing.ibu kucing terus menjilat anak-anaknya dengan harapan anaknya akan hidup semula. muka si ibu kucing macam nak nangis kan.. =((

kejam!!3@$%#$%^&^%*&*(*)


ayat agak skema dan mengikut perasaan si penulis..=)




sumber :http://www.kaskus.us/





tak senonoh dalam kelas!


tudiaa..title bukan main.dan pic ni pon tak ada kena mengena,haha..saja nak pancing ja tu..sebenarnya tajuk tu pon ada kena mengena gn isi kat dalam ni, tapi biasa la.kalau ckp tak senonoh ja, semua pikir bukan-bukan yang lebik teruk lagi haha.

arini bukan nak cerita pasal buat tak senonoh apa, cuma teringat kenangan dalam kelas dari sekolah sampai la masuk universiti,sedihnya, lepas ni dah tak masuk kelas da..wuwuwuwuwuw..

kalau dalam kelas dulu, kalao girl mesti da terbiasa buat menda ni, amek kertas kosong,tulis something, kasi kat orang sebelah, bosan dalam kelas, biasa la ka.. tapi selalunya buat macam ni nak hilangkan bosan ataupon nak mengumpat.hehe..girlssssssssssss..hahha.. tapi ada gak tanya dak lelaki. dorang pon penah gak wat camni.haha.

selalunya lepas mengumpat or etc, mesti buang or koyakkan je kertas tu kan..kunk KANTOI!.Haha, so selagi xkantoi ley la wat muka innocent tu. ;p

contohnya cam kat bawah ni..=))








thanks 4 evrything kawan.. =)

Tuesday, July 5, 2011

BB Cream?


selalu org tanya bb cream ok ke? ok2?xde masalah.. ni lah 1st bb cream i try, ok jugakla. sebab sebelum ni pakai foundation.muka dah macam opera cina. dahla awok tak berapa nak cerah.haha..tapi since pakai bb cream ni xla tebal sgt mekap tu. sebab bb cream ni mix gn kulit, licin ja lepas pakai, tak nampak cam hantu cina.haha.

kalau sesapa yang busy sgt, bb cream ni sesuai la, xpayah pakai mosturizer pon xpa.juz pakai bb cream ni ja.done, letak gincu sikit,eyeliner sikit..siap!

bb cream ni from etude house,kalau nak cari kat utara ni kat penang ada la. so far sangat ok..sesuai dengan kulit i.hehhe..

kalau nak shopping bb cream ni kat ETUDE HOUSE mesti terbeli yang lain-lain. sebab packaging comel.kedai pon comel. salesgirl pon comel.ahaks!

selamat mencuba!!!


sorry eyebag besaq sangat.haha





VASELINE TERBAIK.

selalu kalau cakap pasal vaseline ni, semua nak letak kat bibir ja kan.itu biasa..memang vaseline ni ade lotion,pencuci muka n etc tapi ni nak bagitau kegunaan vaseline yang kita selalu guna kat bibir tu, sebenarnya banyak kegunaan lain lagi dan sangat berkesan ok!


yang ni ha..macam-macam ley buat gn vaseline ni taw..


1. boleh guna letak kat bulu mata,b4 tido,letak kat bulu mata sikit,lama2 bulu mata akan panjang dan lebat! letak hari2!
2. kalau yg ad maslah kulit kaki kering pon boleh,letak vaseline,lepas tu pakai stokin..smalaman..done! err..dekat siku pon boleh,tp jgn la pakai stokin kat siku lak.ngee
3. nak lipgloss baru? xpayah beli dah..pakai vaseline je..kalo nak lipgloss ad perisa tu.campurkan je gn vaseline..ok contohnya kalau nak lipgloss perisa coklat,letal vaseline gn cholate bar,mixedkan, letak dlm microwave.done!
4. kalau nak perfume anda tahan lama.sblom spray tu,letak vaseline dlu kat kulit yg nk spray tu.kompem tahan lama!
5. boleh juga guna sebagai mekap remover!
6.nak kasi beg or kasut berkilat pon boleh!haha
7. sesuai juga untuk hujung rambut bercabag tu..letak kat hujung2 rambut awak yg pnjang mengurai tu..
  







cukup?


selamaty mencuba!

Thursday, May 5, 2011

PENGHARAPAN YANG TAK PASTI.

Selesai sudah paper exam yang paling paling ditakuti
mungkin orang lain tak takot pon
tapi lain keadaanya dengan aku

syukur alhamdullilah, semua soalan boleh jawab
dan tak susah sangat
harap-harap tak ada careless la
dan harap sangat paper tu lepas.
hehe..

bukak paper ja da senyum, tgok part b
pastu senyum lagi tengok case study
sebab apa?
sebab case study pasal hello kitty =)

sekarang da boleh senyum dan teruskan study untuk paper seterusnya.









HARAP SEMUANYA SELAMAT SAJA...

Tuesday, May 3, 2011

CUBA SELAGI TERMAMPU

sedih , kecewa, sakit hati, redho..semua tu ada dalam fikiran sekarang ni.
tak pernah dapat carrymark seteruk tu.
sebab benda yang tak sepatutnya berlaku.
tak apa, mungkin ada hikmah.
sabar.
yakin boleh..

lagu ni untuk kekuatan diri sendiri menghadapi dugaan ni.



Any moment everything can change
Feel the wind on your shoulder
For a minute all the world can wait
Let go of your yesterday

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust this longing and take control?

[CHORUS]
Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
Cause it's your time
Time to fly

All your worries, leave them somewhere else
Find a dream you can follow
Reach for something when there's nothing left
And the world's feeling hallow

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust this longing and take control?

[CHORUS]
Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
'Cause it's your time
Time to fly

And when you're down and feel alone,
Just want to run away
Trust yourself and don't give up
You know you better than anyone else

Any moment everything can change
Feel the wind on your shoulder
For a minute all the world can wait
Let go of yesterday

[CHORUS]
Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
Fly
Forget about the reasons why you can't in life
And start to try
'cause it's your time
time to fly

Any moment, everything can change


Wednesday, April 20, 2011

TUHAN SAJA TAHU

sesuatu yang kita sendiri tak mengerti. apa salah kita. tentu penat nak berfikir. apa salah kita? tetiba buat diri kita camtu. kekadang terfikir? apa salah kita dah buat? sebab apa ?

tapi xpa..selagi kta tak salah buat apa nak pening. biarlah mereka. buatlah apa mereka suka.

biar mereka sakitkan hati mereka sendiri. membenci sesuatu yang tak sepatutnya.

biarkan mereka. sabar. masih ramai lagi yang sentiasa disampingku.

tak goyah langsung =)

Thursday, March 24, 2011

WOW! HEBATNYA JEPUN!

Gambar sebuah jalan raya Jepun yang terbelah ini kerana kekuatan gegaran gempa bumi pada 11 Mac lalu.

Sekarang apa yang mengagumkan dunia ialah bagaimana kemampuan negara matahari terbit itu untuk membina semula jalan raya itu dengan pantas, sekaligus menunjukkan kemampuan bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada 17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal. Itu kemudiannya dibuka untuk lalu lintas malam semalam.




JALAN INI DIBINA SEMULA DALAM MASA 6 HARI!


Ramai pekerja di Jepun telah kembali bekerja semula dan beberapa syarikat di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami telah dibuka kembali.

Pemulihan kembali Jepun telah mendorong beberapa pelabur, termasuklah Warren Buffett dari Amerika Syarikat, salah seorang terkaya di dunia yang menyatakan bahawa bencana yang telah mengorbankan 23,000 nyawa dan masih hilang itu merupakan 'kesempatan membeli' di pasaran wang.













KREDIT: KAMU

Sunday, March 20, 2011

DALAM HATI SIAPA TAHU

Rasa sedih kecewa dan segala macam perasaan yabg tak best selalunya disimpan dalam hati, bila disimpan, ianya jadi nanah dan sangat sakit. hanya sakit di hati, sebab semuanya terkumpul di hati, tiada kekuatan untuk meluahkan walau pada siapa pon. biar ia menanah sendiri dan akhirnya reput sendiri.

Monday, March 7, 2011

SWEET COUPLE EVER!


SANGAT SWEET KAN?? RASA NAK POST PICTURE PASAL NI SEBAB TERBACA SATU ARTIKEL KAT SINI . SANGAT SWEET.

Monday, February 21, 2011

TERUK BETUL LA!

apa yang teruk ni? sem ni memang worst gila, kerja berrtimbun kalah gunung. rasa macam tak sempat nak siapkan satu sem ni, suma lecturer nak cepat jew.bukan seorang, tapi semua! mungkin  tu da tugas mereka. tapi  tensionnnnnnn!!! cepat la abes sem ni...tak larat dah..lepas ni practical da..fuhhh..tak larat da nak belajar.sambung master??? kerja dulu la..lepas ni baru sambung master.hehe

memang lama tak conteng blog ni, sampai akak emme pon da tegur..hee..ada gak orang yang sedar kewujudan dilla di alam blogging ni kan..

oklah.. nak sambung kerja..tata,, bawah ni i kasi kiss for you all! mwaxh! gedix tol! haha



Saturday, February 19, 2011

SANGAT TOUCHING.

sekarang pukul 2.25 pagi, sambil dengar lagu anuar zain. and so damn touch my heart. rasa nak menangis dengar lagu ni.bukan nak menangis, dah berair mata ni, tak tahu la why  touching sangat mlm ni.terasa syahdu sangat dengar lagu ni.nak menangis.why? tak tahu la.tanya diri sendiri pon tak tahu. rasa sedih sangat. sambil taip pon still dengar lagu ni. berair mata.

btw, ni la first time tulis blog dengan penuh perasaan. sedih la dengar lagu ni..tak tahu kenapa =(





i really love this song.

Saturday, January 29, 2011

CINTA DAN PEREMPUAN

terlalu banyak kaitann diantara cinta dan perempuan. dan selama umur yang tak seberapa dalam mengenali dunia ni. banyak yang dilihat perbezaan diantara manusia. bila bercakap pasal cinta nih. perempuan yang cantik hot malah disukai ramai tak mendapat cinta sejati? kenapa? bukan ke lelaki berebut2 nak kan dia? pelik..baru kapel tak sampai sebulan da clash. tapi orangnya cantik.pelik kan. mungkin Tuhan dan aturkan yang lebih baik untuk dia kan.mana kita tahu. ;p

saya sangat bersyukur walaupon tak secantik dan sehot macam yang diceritakan tadi, saya sangat bahagia buat ketika ini. ketika ini ok! mungkin di masa hadapan lebih mencabar perjalanannya..



Friday, January 28, 2011

HATINYA TAK PATUT DILUKAI

kenapa hatinya tak patut dilukai...siapa? kepada manusia yang menyayangi kita sepenuh hati. orag itulah yang tak patut dilukai disakiti. menjaga hati mereka dengan sebaiknya. itu yang diperlukan sebenarnya.menghargai kehadiran mereka di dalam hidup kita. hatinya tak patut dilukai.sekian.

Friday, January 14, 2011

SAYA TAK NAK GEMUK! TOLONG LA!

tak nak gemuk, tapi melantak macam tak makan seminggu. ntahla, susah betul nak kawal makan ni..tapi tak nak gemuk. ape da..

selalu kita tengok selebriti kurus dan mantop jew. kalau diorang gemok camna pulak ek? jom kita tengok!







sumber: HERE

Thursday, January 13, 2011

CONTEST JELINGAN MANJA

contest lagi! nak join contest ni ada syarat-syaratnya..tak susah pon!

ni syarat-syaratnya.


  1. buat entry pasal contest ni.
  2. follow blog ini
  3. copy banner kat bawah ni dengan backlink sekali
  4. lepas tu letak gambar korang yang jeling-jeling manja gitu! ewah!
  5. letak gambar sendiri ok! jangan letak picture megan fox lak..
  6. lepas tu tag kawan-kawan..berapa banyak pon tak kisah
  7. komen entry kat tuan punya blog
  8. boy yang agak mempunyai jelingan manja pon ley join.



tarikh tutup: 22 jan 2011

ni pulak my picture!


agak-agak manja tak macam tu..haha
cukup la kot kan?
lebih-lebih kunk dah tak manja, jadi jelingan gedix lak!ngee



disini i nak tag suma followe kat sini untuk join contest ni!
goodluck!

2011

dah masuk tahun baru, tapi tak update apa-apa..bukan tak nak update, kadang-kadang banyak isu yang terlalu peribadi. kalau story lebih-lebih kunk kontroversi bajet artis  . anyway, moga tahun baru lebih baik dari sebelum ni.. peace.