jom join

Tuesday, November 2, 2010

TIPS KESIHATAN SEMASA BANJIR

bila banjir ni macam-macam penyakit akan datang..risau la..td google cari tips ni..so..mari berkongsi ya..






masa banjir ni bahaya macam-macam.antaranya:


• Lemas
• Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
• Terkena renjatan elektrik
• Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu 



bila banjir ni jangannnnnnnn buat semua ni:


 Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
• Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
• Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
• Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir 



bagi mengelakkan penyaki-penyakit, inilah tipsnyaaaaaa


• Sentiasa minum air yang telah dimasak
• Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
• Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
• Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Guna tandas yang sempurna
- Buang sampah di tempat yang betul
• Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
• Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah 



SHARING IS LOVING!!!


p/s takmo g maen air lagi!

8 comments:

  1. awasilah anak3 anak3 anda dr bermain air bnjir =) bahaya ye adik3 sekalian hee

    ReplyDelete
  2. tips yg bagus...amalkan kehidupan yg sihat ketika banjir...jgn main air tau~

    ReplyDelete
  3. Thanks for the tips..Anyway, da follow ur blog.Hope dat u can do the same. TQ

    ReplyDelete
  4. nak basuh tangan macam mana ayaq nak berak pun xdak?? hahaha

    http://blogciktasha.blogspot.com/2010/11/pengalaman-banjir-2-november-2010.html

    ReplyDelete