jom join

Saturday, November 27, 2010

SAYANG SI PENGUIN.

 Pingu!pingu! ini adalah penguin.sapa tak kenal penguin??kalau tak kenal penguin tu tak taw lah datang dari planet mana.haha. penguin mempunyai sifat yang sangat unik dan patut dicontohi oleh manusia.tapi janganlah korang punya lah nak contohi penguin ni tiba-tiba nak berjalan kepit-kepit pastu bukak-bukak tangan cam penguin ni plak..naya2..dilla cuma nak kongsi dengan korang tentang sifat haiwan ini.

*************************************************************************
Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.

Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan.


Si betina kembali ke laut memburu sotong dan ikan.


Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang karenah.


Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk.

Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah Celcius di bawah paras beku.

Sepanjang tempoh empat bulan, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut dtinggalkan ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan berkorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya menurun.

Sepanjang empat bulan itu, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama sambil membawa telur di kaki masing-masing. empat bulan!!! sangat penyabar betul kan?

Penguin jantan berasak-asak, menghampiri antara satu sama lain bagi memanaskan badan mereka.Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga.

Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia.




Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia.



Tapi, si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah.


Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, si ayah tetap berkorban memberi makan kepada anaknya daripada temboloknya.

Pada saat itulah, sang penguin betina kembali ke daratan setelah empat bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya di mulut anak kecilnya.

Setelah sang betina datang, penguin jantan yang kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan.




Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahun sehinggalah ada di antara mereka menemui ajal. Ketika itu barulah sang jantan yang jangka hayatnya boleh mencapai 20 tahun, mencari pasangan lain. penguin sangatlah setia. alangkah bagusnya kalau kita sebagai manusia dapat mencontohi binatang ini. 

nak lagi real?moh tengok video nih..suwitttt~


p/s binatang punyai sifat kasing sayang yang tinggi*


ni pulak cerita panda yang kejam. click sini=============> makan panda?

1 comment:

  1. so sweeeetttttttttt............
    try tgk kuda laut plak yg jntan tlg mengdungkn ank lg

    ReplyDelete