jom join

Thursday, November 25, 2010

FENOMENA DR ROZMEY



Sekarang ni rata-rata dilla tengok suma orang heboh pasal DR ROZMEY ni. malah boleh dikatakan DR ROZMEY sekarang lebih popular berbanding artis-artis  lain kat Malaysia ni, oleh kerana sering berada di mulut-mulut manusia malah juga di laman sosial seprti facebook, twitter dan sebagainya, semuanya membincangkan mengenai DR ROZMEY. apa masalahnya sekarang.

sampaikan ada yang sanggup menjadikan DR ROZMEY sebagai idola.contohnya seorang lelaki ini(mungkin budak) semangat ingin menjadikan DR ROZMEY sebagai idola sampai ke tahap ini.




jelik kan?haha..kalau kat perlis orang panggil manusia seperti ini sebagai "BUDAK KANYAQ".  tak perlu la anda berusaha setekun ini untuk menggayakan aksi DR ROZMEY, kerana duit biasiswa atau PTPTN anda belum mampu untuk bergaya seperti DR ROZMEY.lupakan aja.

bukan itu sahaja, malah di facebook masing-masing berlumba untuk mengutuk DR ROZMEY di official facebook herbaprima, berlumba berapa minit post yang mereka postkan di facebook DR ROZMEY didelete.sangat keanak-anakan.tersenyum sinis tengok perbuatan mereka.cam bodoh! buat malu ja korang belajar tinggi-tinggi tapi buat macam tu..malu wehhh~



ntah la weh..haha..bodo.tindakan DDR memadam mesej yang dihantar tersebut adalah kerana Facebook berkenaan adalah laman rasmi DDR dan syarikatnya. Facebook berkenaan hanya menerima testimoni dari pengguna produk kesihatan beliau dan penonton filem 2 alam yang mempunyai minda positif, bukannya laman nak kutuk dier..manusia-manusia hati busuk dan fikiran sempit kalau nak kutuk pon pegi la tempat lain, lagipon dah korang buat fan page sendiri kan? kutuk la disitu.luahkan perasaan keji korang tu.hahaha






dilla bukannya kawan baik DDR atau penggunna barangan DDR tapi, sakit mata juga melihat hari-hari benda negatif pasal DDR ni, sampai kan fesyen rambut DDR pon jadi pertikaian.mana otak korang nii??adoyaiii..








itu juga menjadi persoalan diminda penulis,haha.ntah la weh, korang tak da modal kew nak kutuk, tak pon nak tambah modal dosa free jew.sempit2..

mungkin ramai manusia-manusia yang menyampah dengan DDR yang mengatakan filemmnya akan mengaut keuntungan yang tidak munasabah kan? mungkin DDR dah dapat menerima realiti tu, berdasarkan kutipan yang dia dapat setakat ini. itu hal dia, tak ada kena mengena dengan kita, tak ganggu duit gaji or PTPTN korang, so cuba la berfikir sendiri. ada juga yang pergi tonton 2alam. DDR dapat duit.$$$$$$..korang yang kutuk dapat apa??boleh fikir kot.kan?

p/s sakit mata dan menyampah tengok pon ada, buat manusia yang tak pernah suka dengan kejayaan orang lain, malah tak pernah nak support usahawan melayu.bila nak maju pon tak taw la~

3 comments:

  1. Salam Adik, slmt berkenalan. He he...cikgu ada terbaca iklan berbayar dia kat suratkhabar. Tak faham ujung pangkal apa filem RM40juta dan 2 Alam ni. Baru tau dia producer. Dan filem tu tak pecah kotak pejabat. Tapi cikgu taklah kutuk dia. Betoilah kata adik, stail baju dia, rambut dia dan syok sendiri dia, dia punya hal. Takyah kita dok tokok tambah dosa kering. Layan jer. Dia tak kaco kita pun . Aahhh cuuummm, sori arr sesema!

    ReplyDelete
  2. betol 2 cikgu, tulah bila dah jadi tumpuan ramai ni..benda kecik pon tetap akan jadi pertikaian.

    ReplyDelete
  3. akak de wat kempen, jom ke blog akak....

    to DDR, abaikan org cam tu..wat sakit pale je layan.....

    ReplyDelete