jom join

Wednesday, December 22, 2010

CARTOON KEGEMARAN

saya memang suka tengok cartoon, sampai sekarang saya tengok cartoon.haa..boleh tak macam tu?masa kecil dulu, kalau tak minat cartoon memang tipulah. cartoon peveret yang paling i suka tengok TOMATOMAN. tak kan tak taw? kalau tak taw tu memang ketinggalan teruk la masa tu.haha.. ataupun korang jenis mengadap buku ja, mak tak kasi tengok tv.kecian.


tomatoman ni adalah pahlawan sayuran, di sebuah kerajaan sayuran da start da fantasi kau dila. sapa yang pernah tengok sure tahu kan.elehh.. jangan pura-purak la..kan?kan?

dah la kot post pasal tomatoman ni, japg i mula la nak berfantasi bukan-bukan. dah la dila kau dah nak masuk umor 23 da. (ketuk-ketuk kepla) tapi tak salah kan???

sebelum naik menyampah baca post ni meh tengok opening video tomatoman ni.hehehhe


Tuesday, December 21, 2010

EMO..

DULU i pernah tulis pasal ni jugak, tapi dalam blog lama la. boleh view SINI..lepas berbulan-bulan lepas i review pasal cerita tu, dia da semaikn baik dengan i, sebab apa? sebab dia ada masalah. biasala kadang-kadang diri ni jadi macam kain buruk jew, bila nak guna , baru cari. dah tak nak guna buang jew. camtu ke kawan? bila ada masalah baru terhegeh cari. bila bahagia lupa semua. mungkin masalah yang tuhan kasi tu, nak sedarkan kau.
ntahla. dulu kau kawan baik aku yang berpura-pura agaknya. seorang kawan yang baik sudah tentu dapat menerima baik dan buruk kawannya. tapi kau tak, kau nampak buruk aku jew.



kadang-kadang aku rasa kau bodoh, sebab mudah percaya cakap orang yang tak boleh percaya.


p/s lantak la, tak ada dalam hidup aku pon tak rugi.



Sunday, December 19, 2010

TAK PUAS HATI

sebab apa tak puas hati? sebab pekerja guardian perangai macam C****. kalau dah pemalas sangat tak payah kerja la weh.balik tido lagi bagus.tak menyakitkan hati orang. ceritanya macam ni, semalam i nak pergi cari straightening iron kat guardian, sebab tengok sale catalog memang ada jual menda tu kat guardian ni.harga murah la..so, siap-siap pergi PACIFIC kat alor setar. sampai ja, terus menuju ke GUARDIAN, cari punya cari tak jumpa menda tuh..dah cari tak jumpa, tanya la salah seorang pekerja kat situ..sopan dan penuh berbudi bahasa tanya "akak, kat sini ada jual straightening iron tak?" dengan pantas dan laju tanpa menoleh ke arah kami dia menjawah "takdak!" wahhhh.. sungguh berbudi bahasa yer..camni la cara nak layan customer. lepas tu, i da tension da, terus nak blah dari guardian tu, tup..tup..tengok kiri, ada ja iron tu. Cilakak btol..ada la bodoh!!cam aku nak jerit ja kat pompuan yang bersopan santun tadi. 

dah mula moody, ni la masalah i bila tak dapat barang yang i nak. selagi tak dapat selagi tu la muka macam yam berak kapur.(bayang sendiri la)haha. punya menyampah sampai MCD pon i boleh kata tak sedap.WTH.

nak gak! tak kira! lepas tu kami pergi ke satu lagi guardian(nak guardian gak) yang depan CITY PLAZA. Bukan tak nak beli kat tempat lain, tapi dan tenggok offer kat dalam katalog sebab tu gedik nak g guardian gak. itulah kehebatan advertisement.ewahh..

dah samapai kat situ, dengan ati panas membara tak habes lagi, terus masuk guardian tu. so, mata meliar mencari barang yang dicari, tak sampai 2 minit kat situ, pekerja yang comel terus tegur "akak, cari barang ap?" dushhh..sejuk balik hati aku yang panas kat pekerja guardian tadi. GUARDIAN yang ni more friendly to customer..good for them la kan.. dan barang yang i nak ada kat situ.yay!!!terus beli la, apa lagi!

VIDAL SASSOON
Sebelum ni pakai straihtening iron yang biasa ja, baru pakai 2 kali dah tak panas da.tension la..selamba jelah beli yang ni walaupon agak mahal. sangat puas hati bila dah dapat benda ni. tak payah nak guna yang dulu, selalu gugur rambut lepas iron and tak payah nak pinjam iron orang dah.haha..teruk la.haha
so, mood da happy jom makan!haha


p/s lepas ni nak cari hairdyer plak.

PERUBAHAN.

lepas ni tak nak gelarkan diri sebagai dilla dah, nak try guna I ataupon aku sebab nampak more natural..huhu

p/s perubahan tak ketara.haha

Friday, December 17, 2010

NEVER BE REPLACED

sesuatu yang terjadi baik mahupun buruk pasti akan menjadi ingatan..eeeishhhh...dah macam pengacara nona plak dahhh..silap2..dila nak story kali ni, tentang sumthing that never be replaced. if menda lain, rosak atau hilang kita boleh beli baru. tapi yang ini tak, tak mungkin boleh dibeli, dan kalau hilang tak mungkin ada pengganti.




mereka di tak mugkin diganti oleh apa-apa sekali pun! masa bersama dengan mereka adalah masa yang terindahh..tipula kalau kami tak pernah bergaduh, bermasam muka tacing2..mesti ada lah..tapi suma tu boleh handle. biasa la, semua manusia ada ragam masing-masing.



perangai buruk, hodoh loq laq pon kami tak pernah sembunyi, sebesar-besar rahsia semua kami pegang bersama. tak payah ada orang yang nak jadi batu api antara kami, sebab kami kenal luar dan dalam masing, hati budi, baik buruk.

walaupun terpisah jauh, kami cuba supaya tak lost contact, apa-apa masalah still kongsi bersama, walaupon jarak antara kami jauh, dan masing-masing pon sibuk.

hope kami akan kekal berkawan bila-bila macam ni.sehingga ke akhir hayat.

<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3              


p/s tak sabarnya nak jupa korang!

Tuesday, December 14, 2010

'PEACE CONTEST' BY EZAN IDMA

first time join contest, bukan apa saja nak isi masa lapang yang banyak terbuang ni..tertarik dengan contest ni, sebab dilla memang suka posing wat style peace ni..hihu

 kalau nak join jugakk click SINI

Dilla pertaruhkan gambar ini.jeng,,jenggg..


actlly banyak sangat pix dilla posing sambil peace ni, tapi tak tahu nak pilih yang mana, ni pon ok kot!haha

ok now dilla nak tag yang lain untuk join contest ni..tu pon kalau nak la..haha






.

Monday, December 13, 2010

BULU MATA PALSU



bulu mata palsu ataupon false eyelashes menjadi trend masa kini..ia akan membuat mata anda lebih besar dan gedik.. itu cerita lain, sekarang ni kereta pon dah pandai pakai bulu mata palsu nih..jom tgokk..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.







kalau tercucuk ni,abes la~haha..
actually cantik kereta ni..tak percaya?
meh tgok video nih~






sumber dari: http://carlashes.com/

Tuesday, December 7, 2010

YES DAPAT LAGI!


comel sangat award ni kan?thanks to ida sebab bagi award ni kat dilla ok!


1) berikan gelaran kepada pemberi award
andalah pemilik blog yang sangat cute!!

2) ucapan untuk pemebri award
thanks ida coz bagi award ni kat dilla, engatkan dilla ni invisible kat dunia blog ni, rupanya ada yang engat..thanks!

3) tag 3 org

Tuesday, November 30, 2010

konvo.

syoknya tengok orang konvo.time dilla konvo dulu tak best

.hope another konvo will be the best than before.











.

PEMILIK MATAHARI!!!

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahaari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi


P/S  suka-suka hati hang ja,

Sunday, November 28, 2010

HILANGKAN LEMAK DI PERUT!

masalah lemak berlebihan di perut sudah sinonim buat warga malaysia, malah diseluruh negara, hari ni dilla dapat tips macam mana nak hilang kan lemak diperut, tetapi tips ini hanya sesuai untuk perempuan! mari kita tonton.




lelaki dilarang mencuba!!!


p/s
bosan lepas balik keja..mula la nak buat post yang bukan-bukan, disini ada tips senaman -> mari bersenam

SI KECIL COMEL

FIRST tengok ni jatuh hati..alaaa, comelnya..











comel kan? kalau da besar panjang nati mesti lagi comel.haha tapi jangan bila dah besar jadi camni dah la ------------->panda besar.

Saturday, November 27, 2010

SAYANG SI PENGUIN.

 Pingu!pingu! ini adalah penguin.sapa tak kenal penguin??kalau tak kenal penguin tu tak taw lah datang dari planet mana.haha. penguin mempunyai sifat yang sangat unik dan patut dicontohi oleh manusia.tapi janganlah korang punya lah nak contohi penguin ni tiba-tiba nak berjalan kepit-kepit pastu bukak-bukak tangan cam penguin ni plak..naya2..dilla cuma nak kongsi dengan korang tentang sifat haiwan ini.

*************************************************************************
Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.

Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan.


Si betina kembali ke laut memburu sotong dan ikan.


Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang karenah.


Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk.

Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah Celcius di bawah paras beku.

Sepanjang tempoh empat bulan, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut dtinggalkan ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan berkorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya menurun.

Sepanjang empat bulan itu, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama sambil membawa telur di kaki masing-masing. empat bulan!!! sangat penyabar betul kan?

Penguin jantan berasak-asak, menghampiri antara satu sama lain bagi memanaskan badan mereka.Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga.

Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia.




Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia.



Tapi, si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah.


Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, si ayah tetap berkorban memberi makan kepada anaknya daripada temboloknya.

Pada saat itulah, sang penguin betina kembali ke daratan setelah empat bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya di mulut anak kecilnya.

Setelah sang betina datang, penguin jantan yang kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan.




Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahun sehinggalah ada di antara mereka menemui ajal. Ketika itu barulah sang jantan yang jangka hayatnya boleh mencapai 20 tahun, mencari pasangan lain. penguin sangatlah setia. alangkah bagusnya kalau kita sebagai manusia dapat mencontohi binatang ini. 

nak lagi real?moh tengok video nih..suwitttt~


p/s binatang punyai sifat kasing sayang yang tinggi*


ni pulak cerita panda yang kejam. click sini=============> makan panda?

Thursday, November 25, 2010

FENOMENA DR ROZMEY



Sekarang ni rata-rata dilla tengok suma orang heboh pasal DR ROZMEY ni. malah boleh dikatakan DR ROZMEY sekarang lebih popular berbanding artis-artis  lain kat Malaysia ni, oleh kerana sering berada di mulut-mulut manusia malah juga di laman sosial seprti facebook, twitter dan sebagainya, semuanya membincangkan mengenai DR ROZMEY. apa masalahnya sekarang.

sampaikan ada yang sanggup menjadikan DR ROZMEY sebagai idola.contohnya seorang lelaki ini(mungkin budak) semangat ingin menjadikan DR ROZMEY sebagai idola sampai ke tahap ini.




jelik kan?haha..kalau kat perlis orang panggil manusia seperti ini sebagai "BUDAK KANYAQ".  tak perlu la anda berusaha setekun ini untuk menggayakan aksi DR ROZMEY, kerana duit biasiswa atau PTPTN anda belum mampu untuk bergaya seperti DR ROZMEY.lupakan aja.

bukan itu sahaja, malah di facebook masing-masing berlumba untuk mengutuk DR ROZMEY di official facebook herbaprima, berlumba berapa minit post yang mereka postkan di facebook DR ROZMEY didelete.sangat keanak-anakan.tersenyum sinis tengok perbuatan mereka.cam bodoh! buat malu ja korang belajar tinggi-tinggi tapi buat macam tu..malu wehhh~



ntah la weh..haha..bodo.tindakan DDR memadam mesej yang dihantar tersebut adalah kerana Facebook berkenaan adalah laman rasmi DDR dan syarikatnya. Facebook berkenaan hanya menerima testimoni dari pengguna produk kesihatan beliau dan penonton filem 2 alam yang mempunyai minda positif, bukannya laman nak kutuk dier..manusia-manusia hati busuk dan fikiran sempit kalau nak kutuk pon pegi la tempat lain, lagipon dah korang buat fan page sendiri kan? kutuk la disitu.luahkan perasaan keji korang tu.hahaha






dilla bukannya kawan baik DDR atau penggunna barangan DDR tapi, sakit mata juga melihat hari-hari benda negatif pasal DDR ni, sampai kan fesyen rambut DDR pon jadi pertikaian.mana otak korang nii??adoyaiii..








itu juga menjadi persoalan diminda penulis,haha.ntah la weh, korang tak da modal kew nak kutuk, tak pon nak tambah modal dosa free jew.sempit2..

mungkin ramai manusia-manusia yang menyampah dengan DDR yang mengatakan filemmnya akan mengaut keuntungan yang tidak munasabah kan? mungkin DDR dah dapat menerima realiti tu, berdasarkan kutipan yang dia dapat setakat ini. itu hal dia, tak ada kena mengena dengan kita, tak ganggu duit gaji or PTPTN korang, so cuba la berfikir sendiri. ada juga yang pergi tonton 2alam. DDR dapat duit.$$$$$$..korang yang kutuk dapat apa??boleh fikir kot.kan?

p/s sakit mata dan menyampah tengok pon ada, buat manusia yang tak pernah suka dengan kejayaan orang lain, malah tak pernah nak support usahawan melayu.bila nak maju pon tak taw la~

Wednesday, November 24, 2010

IKAN KELI HARAM DIMAKAN


info ni dilla dapat dari seorang rakan blogger, tapi tak pasti la sejauh mana kebenarannya, ramai orang suka sangat makan ikan keli kan..tapi dilla kureenng sikit dengan ikan keli ni.tak taw la kenapa.tak sangka pulak ikan keli ni ada yang halal dan haram ya. so, bila dah tahu ni dilla nak kongsi la dengan korang suma..moh!!kita tengok apa perbezaannya!

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 


· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak




Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 



· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

dilla harap info ni dapat dikongsi bersama.



p/s hati-hati makan ikan keli..yekkk!! loya.

FAKTA BERCOUPLE!


fakta terbaik!!

p/s berhati-hati memilih pasangan.

YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY


dilla ditag oleh aimi.thanks so much ya aimi,,rupanya saya wujud juga di alam blogger ni.haha. dan award ni ownernya adalah nanie thanks also dear~

syarat-syarat untuk blog nanie adalah,,


  1. menjadi follower blog nanie
  2. letak award dekat page anda, boleh copy this award.lepas tu jgn lupa drop comment ya.
  3. wajib mulakan title entry dengan (YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY)
  4. tag 5 orang kawan anda


Tuesday, November 23, 2010

NORA DANISH KENA SAMAN


 Nora danish yang cun melecun ni pon kena saman ok.walaupon kena saman nora tetap maintain cute gitu.terbuktilah polis trafik kat Malaysia ni akan saman saja sesiapa yang melalukan kesalahan, tak kira lah sapa pon, asalkan melanggar undang-undang ja samannnnnnn..

saman-saman gak, amek gambar sekali apa salahnya.kannn..glamor bangg..haha.

kalau tiba-tiba anda kena saman try amek gambar dengan abg polis macam nora danisg ni yer.hahahaha

cukup sudah, kunk blog ni jadi blog gosip artis lak.haha

sumber: http://beautifulnara.com/

TIDUR YANG CANTIK!


bila bangun ja tidur konfirm comot kan.rambut kusut masai lepas tu siap ada bekas bantal melekat kat pipi.haha.muka pulak kusam, silap-silap ada air liur basi melekat.ngeh2.

boleh ja kalau nak rasa cantik bila bangun tido, bukan kena makeup sebelum tido yer.haha.  kalau makeup sebelum tido pon esok comot gak.langkah-lagkah berikut boleh dilakukan kalau nak nampak cantik bila bangun tido.


1.Cuci muka sebelum tidur

Malam adalah waktu terbaik untuk perawatan kulit. Di malam hari, ada lebih banyak darah mengalir pada permukaan kulit dan penyerapannya menjadi lebih maksima dengan minimanya aktiviti. Ditambah lagi, jika  tidur tanpa mencuci muka, semua racun dan kotoran akan terus menempel di kulit sepanjang malam. hasilnya sang jerawat akan menghampiri anda esok paginya.. So cucilah muka, paginya wajah anda bakal tampak lebih fresh..haha..selalu malas nak buat!!



2. Tidur terlentang

Dengan tidur meniarap, kita membebani permukaan wajah dengan berat tubuh kita. Para dokter kulit sering mengatakan mereka boleh mengetahui bagaimana seseorang tidur hanya dengan melihat kerutan di bahagian tertentu wajah. bila dah tidur meniarap maka esok pagi, banyaklah garis2 menempel kat muka..hudohh..tapi bila dah tido mana nak sedar kan..haha



3. Pakai bantal

Tidur dengan dua bantal di bawah kepala. Biarkan pengaruh graviti membantu aliran darah ke bahagian bawah tubuh dan menghindari cairan menggumpal di bagian tertentu. Wajah lebih segar saat bangun.tapi kadang-kadang bantal pon ntah kemana,silap-silap kat bawah katil.hehe



4. Hindari kabohidrat

Saat kita makan banyak kabohidrat, raut wajah menjadi kurang segar. Agar saat bangun Anda punya tulang wajah yang indah, banyaklah makan yang berprotein tinggi, rendah gula dan rendah kabohidrat. Hindari nasi, kentang dan sagu. boleh kew?makan beger xpa kot kan.haha



5. Bantal sutera

bukan baju pon nak kain sutera , bantal pon nak gak!. Agar rambut Anda tidak mengembang dan kasar di pagi hari, tidurlah dengan sarung bantal satin atau sutera. kalau tak ada bantal sutera, amek ja baju sutera balut kat rambut.pon bolehhhh


sesiapa nak cuba boleh ja..mana taw kalau-kalau bangun ja jadi cantik macam FAZURA.haha.



owhhh..cantik sungguh kamu~



KEPENTINGAN MENJAGA HATI


hati amatlah penting bagi seseorang manusia. hati sendiri memang kena jaga sendiri la kot kan..bukan kot lagi dah memang kena jaga sendiri, kalau nak harap orang lain jaga memang makan hatiii la!hahhaha

bila kita selalu menjaga hati sendiri, semuanya terpaksa kita terima, biar susahkan kita, janji orang lain tak susah, biar kita sakit hati sendiri, orang lain bukan kisah pon kan, janji hati mereka senang, tak pikir dah hati orang lain. asalkan mereka dapat apa yang merekan hajatkan. mereka tak perlu fikir apa yang orang lain akan tanggung, dan juga hati orang lain malah perasaan orang lain.mungkin bila terkena dekat diri sendiri baru nak fikir kan.. tak apa dilla tak kesah, dilla lembut sangat, semua orang boleh buat suka hati mereka. hati dila tak payah jaga, cuma jaga hati sendiri dah cukup.kan?buat apa nak kisah kat dilla tu, dia cepat mengalah.jangan risau,kita buat ja apa kita rasa nak buat.dilla tak kisah.

ya. hati dilla, dilla sendiri jaga la kan.tak apa, mengalah bukan kalah. ALLAH Maha Adil. sebab tu dilla tak risau. dilla bukan baik sangat, tapi dilla tetap yakin, setiap perbuatan pasti akan ada balasannya.biarla korang nak cakap apa pon.dilla tetap yakin itu.

sekarang dilla kena renew hati sendiri, tak apa.. dilla tak kisah. orang buat apa pon dilla kena terima.


p/s dalam kehidupan, jangan pentingkan diri sendiri, sebab kita tak tahu hari mendatang macam mana, dalam setiap perbuatan perlu fikirkan perasaan orang lain dan juga kehidupan orang lain, ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan juga sesiapa yang sudi baca blog dilla yang tak seberapa ni..marilah sama-sama kita check hati ya!yok!

Thursday, November 18, 2010

KERJA PART TIME

cuti semester susah tiba,maka tibalah masanya untuk memboringkann diri, sebagai alternatif untuk tidak memboringkan diri,dilla kerja part time..minggu lepas sibuk final exam tak boleh nak update blog, sekarang ni plak sibuk kerja, sorry ye kawan-kawan!!

tapi kerja ni tak boring,tapi tu la..tak boleh nak g vacation or mana-mana cuti ni. sebab kerja tu cuti sehari jew.
takpe..janji ada duit masuk (sedapkan ati) hahhaha

bila da kerja, nak blogwalking pon tak sempat, balik kerja penat terus tido,penat juga kerja ni kan!!


Thursday, November 4, 2010

AKU SAYANG HAMPA.

 entry yang dulu dilla cerita pasal budak-budak rumah dilla.lets-meet-hottie.kali ni nak cerita pasal boys plak.hehe

mereka ni sangat rapat dengan dilla kat arau.even diorang ni lelaki, dilla sangat rapat dengan mereka okay!sayang sangat kat dorang.tak tawu la nak cakap macam mana sayang tu.

mari berkenalan dengan mereka ya.marilahhhhhh



nama nya zulhusni atau orang panggil abg ngah..yang ni memang rapat dengan dilla..semua orang pon tawu.dia sangat baik hati..kalau nak berkenalan dengan dia pon boleh, tapi kena ambil borang kat dilla ye..muahahha.

 yang ni pulak namanya muadz, jejaka terhangat dipasaran, dia sangat baik ok,,tapi kadang-kadang bebai macam perempuan.hehe..jangan marah naaa..penang mai ni..selalu kasi tumpang kereta nak pergi kelas. walaupun agak manja, tapi lelaki sejati ok ;p


peewwiiittt...nama dia BAE YONG JOON ataupun nama sebenar ayadi akmal..baik juga ngan dilla ni, walaupun kami belajar dalam bidang yang berlainan, tapi kami amat serasi..serasi sebagai kawan..ROS jangan marah naa..ROS tu awek ayadi ni..sorrylah ayadi hang tak market dah..heheh


alolo..posing sakan aih hang ni..hehe..yang ni plak ady farhan..sangat suka amek gambar, so, adi bila kita nak photoshoot ni?? tak kan kamera hanyut air banjir kot?hikhik..dia ni ada kereta fairlady taw! jangan main-main, berkat kereta fairlady dia, dilla dapat la angkut air untu mandi..ngeh2..(gila hebat nagkut ait guna fairlady)


yang ni JACK SPARROW..ataupun AMMAR..dia ni cam pemalu sikit kot, tapi tak la pemalu sangat, ammar ni antara geng-geng dengan mereka diatas.kalau dah kenal boleh tahan cakap banyak jugak dia ni..tp sorry awek-awek sekalian..dia sudah berpunya.muahhahah



yang ni pulak pemilik blog ni..nak interframe jugakkk..hehhe..

sorrylah kalau entry ni tak menyenangkan hati sesiapa.tapi ianya tulus iklas dari hati, seronok sangat kawan dengan korang, hope persahabatan ni kekal sampai bila-bila, moga tak ada selisih faham., sorry juga kalau dilla banyak menyusahkan korang.manja, tegedik atau termenyampah dengan dilla..ngeh, ngeh..

kepada awek-awek mereka, jangan risau ok, mereka sangat setia dengan anda. jangan la marah kalau kami berkawan, dilla suka tengok korang bahagia..


p/s aku sayang hampa weh.

Wednesday, November 3, 2010

CERITA HINDUSTAN DILLA



tadi masa layan movie ni,tiba-tiba dilla teringat masa umur 13, 14 tahun camtu la..dilla dengan sorang kawan dilla ni memang minat hindustan, selalu pi rumah dia tenagok cerita hindustan, bukan kat rumah tak ada tv tapi kat rumah dia ni cepat update cerita hindustan terbaru sebab selalu beli CD cita hindustan terbaru..muahhahha..

lepas tengok cerita tu,kami ulang-ulang dekat lagu..lepas tu praktis macam mana nak menari..hehe..setiap stepp kami hafal..hehe bestt

*memang semua step menari tu kami taw..

semua tu cerita lama..tergelak sorang-sorang bila teringat balik..yang bestnya kami menari jugak dalam hujan.muahahah..lepas tu kena bising dengan mak masing-masing..hehe..lawak!!!

nama kawan yang selalu menari tu SYUHADA..sekarang dia dah nak kawin..wahh!!da besar rupanya..hehe

hope dia bahagia disamping suami tersayang!


cantik kan dia..macam hindustan jugakk..opss..orang punya ok!!




p/s kawan-kawan suma da kawin,aku sibuk dok belajar lagi..bilalah agaknya ya..huhu

Tuesday, November 2, 2010

TIPS KESIHATAN SEMASA BANJIR

bila banjir ni macam-macam penyakit akan datang..risau la..td google cari tips ni..so..mari berkongsi ya..






masa banjir ni bahaya macam-macam.antaranya:


• Lemas
• Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
• Terkena renjatan elektrik
• Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu 



bila banjir ni jangannnnnnnn buat semua ni:


 Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
• Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
• Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
• Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir 



bagi mengelakkan penyaki-penyakit, inilah tipsnyaaaaaa


• Sentiasa minum air yang telah dimasak
• Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
• Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
• Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Guna tandas yang sempurna
- Buang sampah di tempat yang betul
• Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
• Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah 



SHARING IS LOVING!!!


p/s takmo g maen air lagi!